Semarak Seni Budaya

Seni Khazanah Budaya Di Pelihara

Info Bangsawan oleh Unit Kebudayaan UiTM Perlis

INFO ‘BANGSAWAN’

1. Bangsawan mengabungkan unsur tradisional & moden dalam struktur persembahannya. Umpamanya, struktur tradisional yang mengabungkan tarian, muzik dan dialog sebagai unsur integral persembahan. Muzik menandakan permulaan & pengakhiran setiap adegan dan menggunakan tarian sebagai giliran pertukaran masa/babak. Muzik & tarian juga menyokong aksi dramatik dan mencipta & meningkatkan suasana dalam memenuhi fungsi struktur pementasan.
2.Tahun 1885-1902 zaman penapakan Bangsawan sebagai bentuk drama Melayu. Kumpulan Bangsawan yang pertama ditubuhkan di P.Pinang atas dasar wayang Parsi. Mohammad (Mamat) Pusi orang yang yang mula-mula mengenalkan bangsawan ke Tanah Melayu.
3.1902-1935 merupakan zaman kegemilangan kerana mendapat sambutan dan pertumbuhan kumpulan-kumpulan di Tanah Melayu. Pada tahun 1936-1945 merupakan zaman kemerosotan kerana mengalami zaman genting &kurang di minati terutama dalam Zaman Perang Dunia Kedua di mana Tanah Melayu juga mengalami kesusahan.
4.1950- Sampai di peringkat ini bangsawan sebagai hiburan mulai dibelakangkan oleh hiburan yang lebih moden seperti filem, radio dan tv. Para pelakon utama Bangsawan mulai meninggalkan kumpulan dan memasuki bidang filem. Kemerosotan Bangsawan sebagai genre pementasan dahulunya begitu masyhur tidak dapat diubati, ditambah pula berkurangannya orang-orang yang memperjuang untuk kenaikannya.

Rujukan:
1.Teater Tradisional Melayu (Mohamed Ghouse Nasuruddin,2000)
2. Sejarah perkembangan drama Bangsawan di Tanah Melayu

& Singapura( Rahmah Bujang, 1975)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tq for the info...