Semarak Seni Budaya

Seni Khazanah Budaya Di Pelihara

Kita jangan jadi seperti burung terkukur, di mana ia Hinggap disitu sahaja mengaku HAK!!!


Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sambutan kemerdekaan yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 31 Ogos ini telah bertukar tempat pula ke perkarangan parlimen (ada kene mengena hal H1N1) dan juga majlis penutupan sambutan di Sarawak pada 10 Okt nanti.

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Tiada ulasan: